Wednesday, June 24, 2015

Random Hobbies : Movie2 Perang Salib Best

Hello everybody, kali ni aku saje je nak share movie2 best pasal ancient islamic war dan perang salib zaman dulu kala ni...

Some of them directed by non muslim n mmg ntah pape la yg diorng wat kan...tp oklah just nak layan sebagai cerita... cume kene semat dalam hati tu "nak tgk boleh, percaya jgn"... hehe

Oklah, berikut adalah filem yg rare la bagi pminat2 filem berunsur keagamaan sikit cam aku ni... klau x de dlm list korang boleh la kongsikan sama2 ye...

1. Crusades (1935)
Cerita paling klasik dengan gambar hitam putih... Berlakon pun penuh gaya je... Cerita ni boleh dikatakan ok la dan jalan cerita pon menarik... Cerita berlatarkan perang salib ketiga antara Saladin dan Richard of england... Overall bagi 3/5









2. Vlad Tepes (1975)
Korang kenal dracula? Haa, klau nak tau dracula ni asalnye seorang putera nama Vlad Tepes ni la... Dia hidup zaman pemerintahan Uthmaniah di bawah Sultan Muhammad Al Fateh... Dalam cerita ni diceritakan yg kononnye si vlad ni berperang dengan tentera Sultan al fateh kerana menuntut kebebasan untuk negaranya...





3. Lion of the Desert (1979)
Mengisahkan tentang Omar Mukhtar, salah seorang agamawan terulung yg menentang pemerintahan kejam penjajah itali di libya... Sedih time ending sebab dia kena tangkap n hukum bunuh...






4. The Message (1987)
Cerita tentang Hamzah, bapa saudara nabi Muhammad SAW yg berjuang menentang kaum musyrikin dalam menegakkan agama islam... Best cerita ni...4/5







5. 13th Warrior
Kisah tentang pengembaraan seorang embassador dari khalifah abbasiyah yg diusir dari tempatnye oleh sultan kerana dituduh bercinta dengan isteri seorang pembesar kerajaan... Dalam pengembaraan dia bertemu dengan orang2 viking dan akhirnye dijadikan panglima ke 13 dalam misi menghapuskan puak2 barbarian kat situ...


6.Kingdom Of Heaven
Memang x dinafikan, Ridley Scott mmg seorang mastermind dalam mengarah filem2 epik... Bermula dari filem gladiator, king arthur sehinggalah filem ini, hasil kerja dia mmg trbaik... Filem ini mengisahkan tentang perang salib 2 antara tentera islam dipimpin saladin dan tentera salib yg dipimpin balian yang berakhir dengan kekalahan tentera salib dan penyerahan Jerusalem kepada orang islam... Jalan cerita dan gabungan muzik yang hebat dan menarik... Overall mmg aku kasi 5 bintang, yeahhh



7.Arn the knight Templar
Filem campuran bahasa inggeris dan swedish ni antara filem perang salib yang aku suka... mengisahkan ttg Arn Magnusion yg dihantar bertugas di timur tengah unuk menghadapi tentera islam dipimpin saladin. Setelah kekalahan di Hattin Arn telah dihantar semula oleh Saladin ke tempat asalnya... Cerita best...





8. Fetih 1453
Filem bahasa turkey arahan Farok Aksoy ni mengisahkan tentang sultan muhammad al fatih yg menaiki takhta menerajui kerajaan uthmaniah pada usia yg muda dan bercita2 tinggi untuk merebut kota konstantinople... Walaupun arahan orang islam tp aku sangat kecewalah sebab cerita dia lari sangat dari kisah sebenar... Klau untuk perang layan tgk je ok laa... Tp kdg2 tu lawan punye scene berlebeh2 smpai meluat tgk, huhu


9. The Phisycians
Cerita mengisahkan tentang seorang anak yatim piatu bernama Rob beragama kristian yang hidup semasa eropah dizaman kegelapan dan dilanda bermacam2 penyakit tanpa ada pakar yg mengubat... Akhirnya Rob terpaksa merantau ke Iran untuk mencari seorang pakar perubatan islam bernama Ibn Battuta... Tapi status kristian Rob menyukarkan dia utk kesana kerana hanya yahudi dan islam sahaja yang dibenarkan untuk kesana... Jalan cerita best dan menarik, tp banyak menampilkan agama islam pada sisi yg salah dan mengarut...


Sekian, tu ajelah entry aku ntuk kali ni... Bg yg meminati filem2epic war ni bole la kalo try tgk movie2 ni via online ke hape... Selain tu banyak lagi genre2 war yg best korang boleh search kat google... Ok, berjumpe next entry, Bubye!



No comments:

Post a Comment